Sunday, 18 June 2017

Kata Ganti Nama Diri


Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama 

Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.


Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);

(b)kata ganti diri singkat;

(c) kata ganti tanya;

(d) kata ganti tempat; dan

(e) kata ganti tak tentu.

















Monday, 13 February 2017

Memindahkan Maklumat

    1.  Kemahiran
                        a.  Memindahkan maklumat daripada grafik.
                        b.  Membina lima ayat sahaja.
                        c.  Ciri-ciri ayat : Lengkap ( Idea + Huraian )

                   2.  Jawapan bergantung kepada tugasan ; biasanya berkaitan aktiviti.

                   3.  Konsep binaan ayat ;
                        a.  Ayat yang lengkap ( Idea + Huraian / Keterangan )
                        b. Ayat tunggal atau ayat majmuk dengan keteranga

                   4.  Memahami konsep perluasan idea ;


Watak
Aktiviti
Kata Hubung / Sendi
Keterangan
  Aqil
Kata kerja
Supaya
Mengapa ?
  Seorang murid
Perbuatan
Agar
Di mana ?
  Seorang budak

Kerana
Bila ?

Sunday, 12 February 2017

Kata ganti nama diri kedua

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
  • Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap
  • Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak;
    • Bentuk tunggal        -              anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
    • Bentuk jamak          -              anda, kalian, kamu

Sunday, 5 February 2017

Kata ganti nama diri

Kata Ganti Nama Diri

1.  Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk 
     menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

   a) Kata ganti nama diri pertama

       Contoh :  saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

       Contoh ayat  :  (i)   Saya belajar di Tahun 3 Merah.

                                  (ii)  Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

                                  (iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’ 
                                         titah Sultan Idris.

  b) Kata ganti nama diri kedua

      Contoh  :  anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

      Contoh ayat  :  (i)   Anda terpilih sebagai pemenang bertuah. 

                                 (ii)  Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

                                 (iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza
                                        kepada Kuma.

  c) Kata ganti nama diri ketiga

      Contoh  :  ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

      Contoh ayat  : (i)   Dia berjalan kaki ke sekolah.

                                (ii)  Beliau seorang guru yang berwawasan.

                               (iii)  Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka 
                                       selalu pergi ke sekolah bersama-sama.


Monday, 26 December 2016

SELUAR MURAH LELAKI

Hi all

Tentu ramai tertanya-tanya.kat mana nak cari pakaian lelaki ala2 korea tuu

style sekarang semuanya nak fit kan.tambah plak kalau korang tu jenis kurus.badan plak sado.

ok saya kongsi dengan semua.jom terjah page facebook kami.

kedaimenfashion

Yang paling best semuanya harga RM50 BEB