Friday, 12 February 2016

Teks atau skrip pengacara majlis

MASA
AGENDA
8.30
Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat  kerana majlis  akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.

·        Semua murid tahun 6 diminta untuk masuk ke dalam dewan. Mohon kerjasama dari pada  ibu bapa ..t.kasih

·        Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat  kerana majlis  akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.
                                       

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

8.30-10.00
Yang Berusaha Encik Abdul Karim Bin Sheikh Ahmad Ishak /  Yang  Dipertua PIBG SK Marian Convent.
Yang dihormati Puan Zaimunah bt Muhammed, Guru Besar Sk Marian Convent
Yang berbahagia Puan Nariza bt Mohd Daud,Guru Penolong Kanan  1 Kukurikulum Sk Marian Convent
Yang dihormati , Pn. Atnawati bt Abu Hanipah  Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Pn. Noor Azizah Bt Abd Ghani, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Yang dihormati  Pn. Noor Khairin Bt Johar , Guru Penolong Kanan Petang
Para Ibu Bapa dan Penjaga,
Guru-guru dan murid-murid  sekalian
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati  Sejiwa.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin NYa,kita dapat berkumpul di dewan   SK Marian Convent  pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perjumpaan ibu bapa murid dan guru tahun 6. Selamat datang kami ucapkan kepada semua  ibu bapa  dan guru sekalian .

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tuan-tuan dan puan2 sekalian
Sebelum majlis dimulakan,marilah kita bersama2 menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh   Encik Muhammad Syukran bin Zamzuri 
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.semoga kita sentiasa diberkati dan dilindungi olehnYA





Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis pada pagi ini tidak akan lengkap tanpa ucapan daripada pihak ibu bapa sendiri. Maka dengan itu, majlis dengan segala hormat mempersilakan  En. Abdul Karim Bin Sheikh Ahmad Ishak, selaku Yang Dipertua PIBG SK Marian Convent untuk memberikan ucapan sepatah dua kata
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan En Abdul Karim sebentar tadi.
Moga dengan ucapan beliau tadi jelaslah kepada ibu bapa bahawa tuan-tuan
juga mempunyai peranan di sekolah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Tanpa membuang masa, saya ingin menjemput Pn. Nariza bt Mohd Daud merangkap guru penolong kanan 1 kokurikulum sk marian convent untuk menyampaikan ucapan tentang Majlis Perjumpaan ibu bapa dan Guru tahun 6 2016

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nariza di atas ucapan itu tadi.


Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan  slot penerangan tentang penataran format baharu UPSR dan PLBS. slot ini akan  akan disampaikan oleh beberapa orang ketua panitia dan guru penyelaras. Antaranya ialah

Pn.Haszurina bt Yusoff(subjek bahasa Malaysia untuk pemahaman & penulisan serta PLBS)
Pn.Khairul Bariah bt Ab Hamid( Subjek B.Inggeris untuk pemahaman dan penulisan seta SBOA)
Pn.Habibah bt Bakar( Sains kertas 1 dan 2 serta PEKA)
Pn.Salina bt Omar(matematik kertas 1 dan 2
Dan Pn.Siti Rahimah bt Mohamed Abdan(PAFA)
Majis dengan sukacita menjemput ketua panitia  untuk memberi penerangan tentang penataran format baru upsr

Terima kasih kepada  ketua panitia subjek teras dan penyelaras PAFA tentang penerangan penataran format baru upsr.

8.45-10.00
Dari Kelantan pergi ke Kedah,
Dari Kedah ke Perak pula,
Taklimat penataran selesai  sudah,
Mari kita beralih acara
                                       
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,bagi meneruskan lagi aturcara majlis pada hari ni, majlis dengan segala hormatnya menjemput murid-murid  tahun 6  naik ke atas pentas untuk bacaan Ikrar Aku Janji. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah selesai sudah sesi bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh murid tahun 6 itu tadi. Diharapkan agar murid2 dapat menunaikan segala perjanjian  yang telah dibaca tadi.
Tuan-tuan puan-puan sekalian,
Sebelum majlis  berhenti rehat seketika,izinkan saya  memaklumkan mengenai perjalanan aturcara program kita selepas rehat .
Para ibu bapa dan murid akan berehat bermula jam 10 pagi sehingga 10.30 pagi. Setelah itu ibu bapa dijemput untuk ke kelas anak masing2 untuk sesi dialog bersama guru mata pelajaran.
Baiklah itu sahaja penjelasan tentang aturcara kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini tamatlah majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 bersama guru . terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis  pada  hari ini . Saya sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah wasalm…..






No comments:

Post a Comment