Monday, 29 December 2014

SENARAI WEB ONLINE UNTUK GURU

1. APDM
15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/
[3:22pm, 18/12/2014] Smkj Normadiah Ppki: Semua guru wajib tahu mgenai PPPM .
VISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga 2020
Gelombang 3: 2021 hingga 2025
5 Aspirasi sistem (KEPAK)
1. Kualiti..
2. Ekuiti
3. Perpaduan
4. Akses..
5. Kecekapan
6 Aspirasi murid (PIE3K)
1. Pengetahuan
2. Identiti nasional
3. Etika dan kerohanian
4. Kem. berfikir
5. Kem. Memimpin
6. Kem dwibahasa
11 ANJAKAN:
1. Menyediakan kesamarataan akses kpd pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakan mempelajari bahasa tambahan.
3. Melahirkan rakyat yg menghayati nilai.
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimimpinan berprestasi tinggi ditempatkn di setiap sekolah.
6. Mengupayakan jpn..ppd dan sekolah untuk menyediakan penyelesaikan khusus berasaskan keperluan.
7. Memanafaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembljaran di malayasia.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa..komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan utk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
Kongsi-kongsikan utk semua.

Monday, 15 December 2014

Tutorial merakam desktop menggunakan vlc player 2014

Tutorial merakam desktop menggunakan vlc player 2014 



selamat mencuba

lagu kanak-kanak sayang ayah ibu


lirik 

ayah sayang ibu
saya pun begitu
ayah rajin kerja
hati pun gembira
saya sayang ayah
tidak suka marah
ibu juga ramah
pandai hias rumah











Download Link

APA ITU RANGKAIAN KOMPUTER


PENGENALAN







ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

Teknologi  maklumat  boleh  ditakrifkan  sebagai  sebarang  kaedah  yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi  Maklumat (Information  Technology)  atau  IT  dan Teknologi Maklumat  dan  Komunikasi (Information and Communication
Technology)  atau  ICT  merupakan  teknologi  yang  diperlukan  untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek  dalam  pengurusan  dan  pemprosesan  maklumat.  Secara  tepat  dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan  dan  penyimpanan  maklumat menggunakan  perantaraan  teknologi.  Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon,  telefon  mudah  alih,  fax,  telegram,  PDA  dan  sistem  satelit  dalam  menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

    Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'.

    Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).

Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem dan sebagainya.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara,  animasi  dan maya.  Data dan  maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. 

Teknologi  komunikasi  membolehkan  individu  atau  kelompok  individu bertukar  data  dan  maklumat  dalam  ruang  waktu  dan  tempat  yang  tidak terbatas,  dengan  cepat  dan  dalam  masa  yang  sama  (‘synchronous’) melalui  rangkaian  setempat  atau  global. Teknologi  maklumat  dan komunikasi  dalam  konteks  pendidikan  Negara  Brunei  Darussalam  perlu dimanfaatkan  secara  bijak  dan  berkesan  untuk membangunkan ummah yang  progresif  dengan  senantiasa  bertawakal  kepada  Allah  SWT  serta menjaga  keluhuran  nilai  dan  etika  bangsa  dan  agama  dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

SUMBER : http://unitict.sktelukjamat.edu.my/definisi-ict.html

DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.