Monday, 26 December 2016

SELUAR MURAH LELAKI

Hi all

Tentu ramai tertanya-tanya.kat mana nak cari pakaian lelaki ala2 korea tuu

style sekarang semuanya nak fit kan.tambah plak kalau korang tu jenis kurus.badan plak sado.

ok saya kongsi dengan semua.jom terjah page facebook kami.

kedaimenfashion

Yang paling best semuanya harga RM50 BEB


Tuesday, 13 September 2016

How to Remove Prisma Logo Watermark / Bagaimana nak buang Logo Prisma

Prisma adalah aplikasi edit foto seperti halnya PicMic, PicsArt ataupun Pixlr Express. Bedanya, Prisma lebih sederhana karena hanya menawarkan tool editan berupa filter. Mengubah foto biasa menjadi lukisan yang bernilai seni tinggi. Tidak seperti tiga aplikasi yang disebutkan di atas. Mereka jauh lebih kompleks, dan mereka juga punya pilihan filter seperti halnya Prisma.


Kendati begitu, Prisma mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh aplikasi serupa lainnya. Alih-alih menerapkan overlay standar, Prisma menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk mengolah gambar dari nol kemudian menghasilkan editan yang jauh lebih nyata, artistik dan terbukti lebih baik.

Hari ini saya nak berkongsi bagaimana nak buang logo atau watermark dalam gambar anda. ikuti step yang mudah ini ye
1. Muat turun app Prisma dalam phone anda.
2. Cari gambar yang mahu anda edit dan selesaikan editnya dahulu
3. klik bahagian setting yang berada di atas sekali.
4. Di bahagian setting itu,enable kan watermark.


5. Done

Saturday, 13 August 2016

Ujian Bulanan 2 subjek sejarah 2016

Peperiksaan pertengahan tahun sudah bermula.nak cari soalan untuk tahun 2016 agak susah kan.

ni saya ada muatkan satu soalan sejarah untuk tahun 6. boleh dijadikan ujian bulanan 2 juga :)


JANGAN LUPA FOLLOW YE :)

Monday, 25 July 2016

Modul Cemerlang tatabasaha 2016

Modul ini mempunyai lebih kurang 73 muka surat latihan  tatabahasa

sesuai kiranya untuk dijadikan sebagai latih tubi untuk murid UPSR

Boleh download secara percuma :)


Ujian Bulanan Bahasa Melayu 2016

Tahun 2016 menjadikan tahun yang agak susah untuk 

guru-guru mendapatkan bahan peperiksaan

Di sini saya ada kongsikan bahan ujian untuk subjek bahasa melayu


Sunday, 24 July 2016

Kertas Kerja Majlis Khatam Al-Quran 2016

Kertas Kerja Majlis Khatam Al-Quran 2016


Buat cikgu-cikgu yang memerlukan 

bantuan tentang kertas kerja.

Di sini saya ada sediakan kertas kerja

Boleh download secara percuma :)

Saturday, 23 July 2016

Monday, 18 July 2016

81 Kesalahan mudah dalam tatabahasa BM




Bagaimana Melabur Di ASB Selama 5 Tahun Untuk Dapat RM110,000?




Ramai sebenarnya masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi. Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya, beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup buat personal loan lagi.

Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pinjaman ASB loan. Antara alasannya :
  1. Buat ASB Financing RM200K. Katakan bulanan RM1200 setahun RM14,400.
  2. Lepas setahun, katakan dividen diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.
  3. Buat pula ASB2 Financing RM200K yang bayaran sebulan RM1100 dan setahun RM13,200.
  4. Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM1300 (RM14,500-RM13,200) untuk belanja atau disimpan.
  5. ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan dan ASB2 dibayar menggunakan dividen ASB1.
  6. Selepas setahun. ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7%. Dan jumlah dividen bakal diperolehi RM14,000.
  7. Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah, kita bayar ASB2 tiap bulan dan ansuran ASB1 bayar menggunakan dividen ASB2.
  8. Layan langkah 7 sampai 5 tahun.
  9. Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.

 Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi komitmen kita masih sama.

Lepas 5 tahun kita terminate kita dapat:

ASB1


Dividen terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal (60 bulan) : RM22,270

ASB2


Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320

Jumlah: RM110,690

Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).

Dapat RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda HR-V tunai!!

Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.

Amacam faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K lah, ada RM20K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.

Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke, 5 tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.

Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.

Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang saja.

Sumber : El Azman dan Himpunanceritalawak

how to install pokemon game in your phone

hi all

as u know that pokemon game is not available in some of country


so i will show u how to install pokemon game

sample step

1. make a new email.make sure email adress at Australia

2. go to setting---general---languange & region --- region--Australia

3. go to Apple Store.Sign out and create new apple  id

4. copy my adress and phone number


5. tick on subscribe box and make sure none card credit


6. search and download









Thursday, 25 February 2016

Ujian bulanan Bahasa malaysia 2016


Pasti sedia maklum yang tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar.mau taknya pelbagai perubahan dan peningkatan berlaku tanpa segan silu :)


Ok saya tak nak cakap banyak
yang mencari soalan bm tahap 2 boleh download di bawah

jangan lupa share ye semua :)


UJIAN BULANAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

UJIAN BULANAN BAHASA MALAYSIA THAUN 5

UJIAN BULANAN PENULISAN

Friday, 12 February 2016

The best films for this 2016

The best films for this 2016



































Teks atau skrip pengacara majlis

MASA
AGENDA
8.30
Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat  kerana majlis  akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.

·        Semua murid tahun 6 diminta untuk masuk ke dalam dewan. Mohon kerjasama dari pada  ibu bapa ..t.kasih

·        Mohon kepada semua ibu bapa untuk mengambil tempat  kerana majlis  akan bermula sebentar saja lagi. Terima kasih.
                                       

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

8.30-10.00
Yang Berusaha Encik Abdul Karim Bin Sheikh Ahmad Ishak /  Yang  Dipertua PIBG SK Marian Convent.
Yang dihormati Puan Zaimunah bt Muhammed, Guru Besar Sk Marian Convent
Yang berbahagia Puan Nariza bt Mohd Daud,Guru Penolong Kanan  1 Kukurikulum Sk Marian Convent
Yang dihormati , Pn. Atnawati bt Abu Hanipah  Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Pn. Noor Azizah Bt Abd Ghani, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Yang dihormati  Pn. Noor Khairin Bt Johar , Guru Penolong Kanan Petang
Para Ibu Bapa dan Penjaga,
Guru-guru dan murid-murid  sekalian
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati  Sejiwa.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin NYa,kita dapat berkumpul di dewan   SK Marian Convent  pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perjumpaan ibu bapa murid dan guru tahun 6. Selamat datang kami ucapkan kepada semua  ibu bapa  dan guru sekalian .

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tuan-tuan dan puan2 sekalian
Sebelum majlis dimulakan,marilah kita bersama2 menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh   Encik Muhammad Syukran bin Zamzuri 
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.semoga kita sentiasa diberkati dan dilindungi olehnYA





Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis pada pagi ini tidak akan lengkap tanpa ucapan daripada pihak ibu bapa sendiri. Maka dengan itu, majlis dengan segala hormat mempersilakan  En. Abdul Karim Bin Sheikh Ahmad Ishak, selaku Yang Dipertua PIBG SK Marian Convent untuk memberikan ucapan sepatah dua kata
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan En Abdul Karim sebentar tadi.
Moga dengan ucapan beliau tadi jelaslah kepada ibu bapa bahawa tuan-tuan
juga mempunyai peranan di sekolah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Tanpa membuang masa, saya ingin menjemput Pn. Nariza bt Mohd Daud merangkap guru penolong kanan 1 kokurikulum sk marian convent untuk menyampaikan ucapan tentang Majlis Perjumpaan ibu bapa dan Guru tahun 6 2016

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nariza di atas ucapan itu tadi.


Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan  slot penerangan tentang penataran format baharu UPSR dan PLBS. slot ini akan  akan disampaikan oleh beberapa orang ketua panitia dan guru penyelaras. Antaranya ialah

Pn.Haszurina bt Yusoff(subjek bahasa Malaysia untuk pemahaman & penulisan serta PLBS)
Pn.Khairul Bariah bt Ab Hamid( Subjek B.Inggeris untuk pemahaman dan penulisan seta SBOA)
Pn.Habibah bt Bakar( Sains kertas 1 dan 2 serta PEKA)
Pn.Salina bt Omar(matematik kertas 1 dan 2
Dan Pn.Siti Rahimah bt Mohamed Abdan(PAFA)
Majis dengan sukacita menjemput ketua panitia  untuk memberi penerangan tentang penataran format baru upsr

Terima kasih kepada  ketua panitia subjek teras dan penyelaras PAFA tentang penerangan penataran format baru upsr.

8.45-10.00
Dari Kelantan pergi ke Kedah,
Dari Kedah ke Perak pula,
Taklimat penataran selesai  sudah,
Mari kita beralih acara
                                       
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,bagi meneruskan lagi aturcara majlis pada hari ni, majlis dengan segala hormatnya menjemput murid-murid  tahun 6  naik ke atas pentas untuk bacaan Ikrar Aku Janji. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah selesai sudah sesi bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh murid tahun 6 itu tadi. Diharapkan agar murid2 dapat menunaikan segala perjanjian  yang telah dibaca tadi.
Tuan-tuan puan-puan sekalian,
Sebelum majlis  berhenti rehat seketika,izinkan saya  memaklumkan mengenai perjalanan aturcara program kita selepas rehat .
Para ibu bapa dan murid akan berehat bermula jam 10 pagi sehingga 10.30 pagi. Setelah itu ibu bapa dijemput untuk ke kelas anak masing2 untuk sesi dialog bersama guru mata pelajaran.
Baiklah itu sahaja penjelasan tentang aturcara kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini tamatlah majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 bersama guru . terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis  pada  hari ini . Saya sudahi dengan wabillahitaufikwalhidayah wasalm…..